26/05/11

Selamat Menyambut Hari Guru diucapkan kepada Semua warga SMK. Junjung.


Semua pelajar dan guru hendaklah memakai pakaian rasmi persekolahan pada masa Majlis Pelancaran Hari Guru SMK.Junjung dan pakaian yang sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan selepas pelancaran program.



Harap maklum.

23/05/11

Pentakfsiran Berasaskan Sekolah

Pentakfsiran Berasaskan Sekolah, 23 Mei 2011, Dewan Seminar PPD Kulim.
PBS

Kurikulum Standard Sekolah Menengah - Tingkatan 1 Tahun 2011
PMR 2014 - 100 % Penafsiran Berasaskan Sekolah.

oleh
Mohd. Zaidi bin Hashim, PPD Kulim Bandar Baharu.
e-mel : zaidi353@gmail.com


Aplikasi ICT Dalam Bilik Darjah dan Penggunaan Klip Video

Pengkongsian Amalan Terbaik Pendidikan Bestari

1. Video Klip
Penggunaan Sedutan Filem / Klip Movie Video
Kepentingan
- Menarik minat
- Mendekatkan keadaan sebenar

Jenis Klip Video
- Kelakar
- Animasi
- Filem terkini

Kesesuaian Penggunaan Video Klip
- Set Induksi
- Perkembangan isi pelajaran
- Apabila pelajar kelihatan jemu / bosan
- Mengukuhkan sesuatu konsep
- Penutup proses P & P

i. Masukkkan semua klip video dalam satu folder yang sama
ii. Buka slide powerpoint yang tersedia :
- masukkan video
- penggunaan hyperlink ( format mp4, 3gp , flv )
- link kepada powerpoint / word / dan lain-lain.

Pencari bahan-bahan video / movie
daftar percuma - web ferret
Pusat Perkembangan Kurikulum
Interktif -Eduwebtv

Aplikasi Movies Klip
- boleh buat sendiri
- Window Movie Maker
- DVD Cut
- Kamera telifon bimbit

Muat turun bahan
- Guna mozilla firefox
a. FVD
b. FLV Downloader
c. Youtube Downloader
- Realplayer 11 Gold

IDM- Internet Download Manager
VLC Player

2. Aplikasi Scanner dalam P & P
i. Penggunaan OmniPage SE 4.0 bagi Cannon Printers ( terkini SE 24/28 )

ii. Program OCR Broders Printers
a. Scan nota ( image ) kepada words dan boleh edit
b. Scan nota buku terus ke powerpoint

iii. ABBY File Reader
iv. Dokumen Scanning and Image
v . PDF Converter

3. Pengurusan Fail Panitia Secara MAYA.
Analisa Peperiksaan
Ujian Diagnostik
Pengurusan
Intervensi SPM
Minit Mesyuarat
Perancangan Strategik
Bank Soalan
Kurikulum
Dokumentasi
Headcount
Minit Curai
Pengurusan PEKA
Perkembangan Staf ( LDP )



19/05/11

Bengkel Pemantapan Profesionalisme Guru-guru Menengah Rendah DKBB 2011

SENARAI GURU UNTUK

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU MENENGAH RENDAH PERINGKAT DKBB TAHUN 2011

TARIKH: 21 MEI 2011 (SABTU)

MASA: 8.00 PAGI -4.30 PETANG

TEMPAT: SMK SULTAN BADLISHAH,09000 KULIM,KEDAH.

Bil

Mata Pelajaran

Guru

1

Bahasa Melayu

Pn.Salmah Bt Ahmad

2

Bahasa Inggeris

Pn.Fadzilah Bt Kamarudin

3

Pendidikan Islam

Ustazah Husna Bt Abdul Rahman

4

Matematik

Pn.Nor Nasihah Bt Abbas

5

Kemahiran Hidup

Pn.Nor Hayati Bt Abu Bakar

Catatan :

1. Pohon guru-guru bawa bersama :

(a) buku teks tingkatan 1,2 dan 3.

(b) Sukatan Pelajaran Ting 1,2 dan 3

(c) Huraian Sukatan Pelajaran Ting 1, 2 dan 3

2. Kad biru LDP

Jadual Penyediaan Soalan Peperiksaan Penggal Pertama Tahun 2011

SMK JUNJUNG,09000 KULIM,KEDAH

JADUAL PENYEDIA SOALAN PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA TAHUN 2011

JABATAN BAHASA - GURU KANAN :TN.HJ.KHALID BIN RAHIM

BIL

MATA PELAJARAN

GURU PENYEDIA SOALAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

1

BAHASA MALAYSIA

TING 1

Pn. Salmah bt. Ahmad

2

BAHASA MALAYSIA

TING 2

Pn. Hajah Ruhana bt. Mohd. Saleh

3

BAHASA MALAYSIA

TING 3

En. Md. Shariff bin Othman

4

BAHASA MALAYSIA

TING 4

Hj. Khalid bin Hj. Rahim

5

BAHASA MALAYSIA

TING 5

Pn. Noor Dalila bt. Samot

JABATAN SAINS & MATEMATIK - GURU KANAN :PN.HJH.ROHANI BT YUSOFF

JABATAN KEMANUSIAAN- GURU KANAN :PN.HJH. KHALIJAH BT HJ.SAAD

JABATAN TEKNIK& VOKASIONAL - GURU KANAN : EN.MOHD TAHIR BIN WANIK


Catatan :

1. 1. Pohonsemua Guru Ketua Panitia masukan set soalan dan skema jawapan beserta JSU dalam Fail Soalan Panitia dan minitkan kepada Guru Kanan masing- masing.

2. 2. Guru Kanan pohon serahkan 1 salinan JSU kepada PKP.




15/05/11

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2011 SMK. Junjung

ATUR CARA MAJLIS

7.40 : Berkumpul di dataran
7.45 : perhimpunan bermula
Nyanyian lagu negaraku & lagu sekolah.
Bacaan doa
Bacaan ikrar oleh pelajar
Bacaan Perutusan.
Perasmian Hari Guru oleh Puan Hjh Sarifah Bt Mustafar
(Pengetua SMKJ)

Ucapan wakil pelajar dan penyerahan kad ucapan.
Pemberian cenderahati kepada guru-guru.
Nyanyian lagu ‘Guru Malaysia & pendidikan cemerlang serta lagu negeri Kedah.

9.00 : Perhimpunan bersurai
9.30 : Berkumpul di padang & gelanggang
9.40 : Aktiviti bermula
Sukaneka ( Perempuan )
- baling bola dalam bakul
- bawa air atas kepala
- isi air dalam belon.
Petanque ( belakang bengkel)
Sepak Takraw ( belakang bengkel )
Tarik tali ( padang )

11.00 : Aktiviti Tamat (Jamuan Guru)
11.30 : Berkumpul di dewan
Persembahan slide
Persembahan pelajar
Persembahan guru
Penyampaian Anugerah Guru Paling Popular 2011.
1.30 : Bersurai

Brosur Hari Guru 2011

12/05/11

Sesi Bergambar Warga SMK. Junjung

Kenangan Bersama Staf dan PIBG SMK. Junjung.




















Dari MejaPengetua

Rabu, 11 Mei 2011 - PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU.
BENGKEL PENGURUSAN STOR DAN ASET ALIH KERAJAAN,
MASA : 2.00-4.00 PTG, BILIK MESYUARAT SMKJ.

Ahad, 24/04/2011.
Jadual Baru Versi 3 akan dikuatkuasa mulai hari ini.
Selamat Bertugas.
Selamat Belajar.

SETIAP HARI RABU
Waktu persekolahan sehingga 5.00 petang
Aktiviti Kokurikulum bermula 2.00 - 5.00 petang.

Koleksi Gambar- http://shariffothman.blogspot.com/

















10/05/11

Keperluan Lampu Laluan Jalan di Hadapan SMK. Junjung


Masa Laluan yang dicatatkan : 07.15 pagi - 7.45 pagi, Selasa, 10 Mei 2011.


Pihak sekolah amat berharap agar kemudahan Lampu Laluan Jalan di hadapan SMK. Junjung akan menjadi satu kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.
Pengharapan daripada pihak waris sering kali disuarakan untuk perhatian pihak sekolah khususnya melalui Mesyuarat Agung PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang terlibat.
Semoga kemudahan ini akan dapat direalisasikan dengan bantuan pihak yang berkenaan demi memastikan keselamatan pelajar-pelajar SMK Junjung terjamin.


7/05/11

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI GURU 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Salam 1 Malaysia,
Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.
Dato' Sri Najib Tun Razak
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa penat dan lelah.Golongan guru sentiasa bersedia memberi pendidikan kepada anak-anak kita. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya.
Saya amat berbesar hati jika kita dapat saling berhubung dan mengeratkan lagi silaturahim. Hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di laman Twitter (@NajibRazak) laman Facebook (Najib Razak) dan juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my
Selamat Hari Guru. Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada,
Najib Razak
16 Mei 2011

1/05/11

Kehebatan Sekolah Kluster diiktiraf Dunia

29 Apr 2011, 10:18 AM | Berita Sekolah

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.


KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.
SEKOLAH Kluster Kecemerlangan (SKK) bukan sahaja unggul di peringkat kebangsaan malah berjaya mempamerkan kehebatan Mlaaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat global.
Dalam tempoh suku pertama tahun ini, SKK telah menjayakan sebanyak 17 program pengantarabangsaan. Berdasarkan maklumat terkini, Sekolah Menengah Victoria berjaya mendapat tempat pertama bagi Poster Sains (Inovasi) di Simposium Sains Kehidupan (Bebas) ACS kesepuluh di Singapura, baru-baru ini.
Selain itu, kebanyakkan SKK menyertai Pertandingan dan Penilaian Sekolah Antarabangsa (ICAS) anjuran Universiti New South Wales, Australia. Pelajar SKK berjaya mendapat pengiktirafan Highly Commended, High Distinctions dan juga Kredit.
Manakala pada tahun lepas, SKK juga berjaya menjadi showcase pada peringkat antarabangsa. Misalnya kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru mendapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Persidangan Saintis Masa Depan APEC Kedua di Thailand.
Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Hulu selangor dan Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah (KISAS) pula telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam program Kem Pelajar Pintar Sains di Akademi Sains Korea, Busan tahun lepas.
Dalam aktiviti kokurikulum pula, SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak berjaya mengutip pingat perak untuk pertandingan Pancaragam Antarabangsa Singapura 2010 dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) muncul juara pertandingan hoki di Perth, Australia.
Pencapaian cemerlang yang seimbang antara akademik dan kokurikulum ini selari dengan pewujudan SKK iaitu untuk menjana pelajar yang holistik serta berpersonaliti unggul.
Kementerian Pelajaran berhasrat dalam tempoh sembilan tahun akan datang untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama yang dapat merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang, berintegriti, berakhlak mulia dan beriltizam tinggi.
SKK merupakan salah satu instrumen untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan di negara ini dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah lain dalam kluster yang sama serta sekolah di luar klusternya.

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color