1/05/11

Kehebatan Sekolah Kluster diiktiraf Dunia

29 Apr 2011, 10:18 AM | Berita Sekolah

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.


KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.
SEKOLAH Kluster Kecemerlangan (SKK) bukan sahaja unggul di peringkat kebangsaan malah berjaya mempamerkan kehebatan Mlaaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat global.
Dalam tempoh suku pertama tahun ini, SKK telah menjayakan sebanyak 17 program pengantarabangsaan. Berdasarkan maklumat terkini, Sekolah Menengah Victoria berjaya mendapat tempat pertama bagi Poster Sains (Inovasi) di Simposium Sains Kehidupan (Bebas) ACS kesepuluh di Singapura, baru-baru ini.
Selain itu, kebanyakkan SKK menyertai Pertandingan dan Penilaian Sekolah Antarabangsa (ICAS) anjuran Universiti New South Wales, Australia. Pelajar SKK berjaya mendapat pengiktirafan Highly Commended, High Distinctions dan juga Kredit.
Manakala pada tahun lepas, SKK juga berjaya menjadi showcase pada peringkat antarabangsa. Misalnya kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru mendapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Persidangan Saintis Masa Depan APEC Kedua di Thailand.
Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Hulu selangor dan Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah (KISAS) pula telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam program Kem Pelajar Pintar Sains di Akademi Sains Korea, Busan tahun lepas.
Dalam aktiviti kokurikulum pula, SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak berjaya mengutip pingat perak untuk pertandingan Pancaragam Antarabangsa Singapura 2010 dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) muncul juara pertandingan hoki di Perth, Australia.
Pencapaian cemerlang yang seimbang antara akademik dan kokurikulum ini selari dengan pewujudan SKK iaitu untuk menjana pelajar yang holistik serta berpersonaliti unggul.
Kementerian Pelajaran berhasrat dalam tempoh sembilan tahun akan datang untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama yang dapat merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang, berintegriti, berakhlak mulia dan beriltizam tinggi.
SKK merupakan salah satu instrumen untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan di negara ini dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah lain dalam kluster yang sama serta sekolah di luar klusternya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color