9/03/10

Pertandingan Merentas Desa 2010

Pada 4hb Mac 2010 yang lalu, SMK Junjung telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah. Pertandingan bermula seawal pukul 8 pagi dengan para pelajar berkumpul di dataran sekolah dan terlebih dahulu mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Abdullah. Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu

L1: Pelajar lelaki Tingkatan 4,5 dan 6
L2: Pelajar lelaki Tingkatan 1,2 dan 3
P1: Pelajar perempuan Tingkatan 4, 5 dan 6
P2: Pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 3.

Setelah taklimat selesai, acara pertandingan pun bermula dengan pelepasan pelajar perempuan kategori P1 dan P2 terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh pelajar lelaki kategori L1 dan L2 secara berperingkat. Anggota Rela dan anggota Polis dari daerah Junjung turut bersama-sama guru-guru membantu mengawasi keselamatan dan kelancaran pertandingan tersebut. Upacara penyampaian hadiah berlangsung setelah pertandingan selesai di dewan SMKJ. Di bawah diselitkan gambar-gambar sepanjang pertandingan berlansung.

Sebelum pertandingan bermula

Pelajar mendengar taklimat daripada Cikgu Abdullah

Pertandingan bermula

Para peserta yang menyertai pertandingan

Anggota Rela dan cikgu yang menjalankan tugas

Anggota polis, anggota rela dan Ustaz Sabri bertugas mengawal keadaan
lalulintas

Cikgu-cikgu SMKJ yang turut membantu sepanjang pertandingan

Peserta yang telah tamat larian mendaftar diri

Acara penyampaian hadiah setelah tamat pertandingan

Puan Norizah menyampaikan hadiah kepada pemenang


Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color