24/12/09

Rangkaian perisian antivirus


Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan.

Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin keselamatan komputer ketika di alam siber.

Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia.

Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.

Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian.

"Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar," katanya semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan program perosak dengan lebih berkesan.

Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia.

Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar.

Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan.

"Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti jenayah seluruh dunia.

"Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab," katanya.

Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan.

Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer.

Produk ini boleh didapati di pengedar terpilih atau membeli dalam talian di www.antivirus365.net

23/12/09

Ucapan Takziah

Warga SMK Junjung mengucapkan takziah kepada Pn. Rashidah Bt Ismail di atas kehilangan ayahanda beliau yang kembali ke rahmatullah pada 21 Disember 2009. Didoakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Pertukaran Guru Ke Sekolah Lain

Bermula sesi persekolahan tahun 2010, 3 guru di SMK Junjung telah ditukarkan ke sekolah lain iaitu :

En. Roslin Bin Abu Bakar - dipindahkan ke SMK Padang Serai
Dr. Hamidah Bt. Naina - dipindahkan ke SMK Taman Kenari
En. Velayutham A/L Venugopal - dipindahkan ke SMJK Chio Min

Diucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru terbabit dalam menjalankan tugas di tempat baru.

22/12/09

Pengambilan Keputusan PMR

Kepada pelajar tingkatan 3, Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh diperolehi pada 24/12/2009 di SMK Junjung bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jualan Buku Latihan Di Koperasi SMK Junjung Bagi Sesi 2010

Kepada semua waris pelajar SMK Junjung, jualan buku latihan di koperasi sekolah akan bermula pada 23/12/2009 , 24/12/2009, 29/12/2009, 30/12/2009, 31/12/2009 bermula pada jam 10.00 pagi - 2.00 petang.

Untuk perhatian semua waris dan pelajar, koperasi sekolah tidak dibuka untuk urusan jualan buku pada hari pertama (03/01/2009) dan hari kedua (04/01/2009) persekolahan

Sekian, terima kasih.

21/12/09

Pentadbiran SMKJ

PENGETUA
Pn. Hjh. Sarifah Bt. Mustafar
PENOLONG KANAN
Hjh. A’rifah Bt. Abd. Kadir
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Pn. Norizah Bt. Che Din
PEN. KANAN HAL EHWAL MURID
En. Khalili B. Khalid
GURU KANAN SAINS/MATEMATIK
Pn. Rohani Bt. Yusoff
GURU KANAN TEKNIK/VOKASIONAL
En. Mohd Tahir Bin Wanik
KETUA BIDANG BAHASA
Puan Suzita Bt. Md Rodzi
KETUA BIDANG KEMANUSIAAN
Hj. Abd Rahim B. Md. Noor
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
Kamarudin Bin Hashim

Alamat Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung,
Jalan Junjung,
09000 Kulim,
Kedah Darulaman.

No. Telefon : 04-487 1659
No. Faks : 04-487 2163
Email : smkjunjung@ppdkbb.net

Peta SMKJ


View Larger Map

Sejarah SMKJ

SMK Junjung dinamakan sempena nama pekan dan mukim Junjong, iaitu pekan sempadan antara Kedah Darul Aman dan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Memulakan sesi persekolahan 1990/1991 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Junjung pada sesi petang dengan bilangan pelajar seramai 98 orang dari kampung-kampung sekitar pekan Junjong dan ditempatkan dalam 4 kelas iaitu Tingkatan Peralihan dan Satu dengan bilangan 11 orang guru. Akhirnya pada tanggal 25 September 1996, bersamaan hari Rabu, dalam satu majlis ringkas tetapi bermakna, seluruh warga sekolah dengan rasminya memasuki dan menggunakan bangunan baru yang dinanti-nantikan. Perhimpunan pertama telah diadakan di tapak perhimpunan dengan dihadiri 340 orang pelajar dan 21 orang guru.

Apabila sesi persekolahan 1997 bermula, SMK Junjung mula menerima pelajar-pelajar dari taman-taman perumahan sekitar Jalan Kulim-Junjong, Kulim-Bukit Mertajam dan Kem Pasukan Polis Hutan (PPH), Kulim.

Tanggal 2 haribulan Ogos 2009, SMK Junjung memulakan sesi persekolahan Pendidikan Khas dengan bilangan pelajar sebanyak 7 orang. Selain itu sesi Matapelajaran Teknik Vokasional yang akan bermula pada tahun 2010.

Warga SMK Junjung akan berusaha sedaya-upaya agar dapat melahir anak didik yang berkualiti dari segi sahsiah, rohani dan intelek.

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color