20/07/10

Skrin TV Bergerak

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN (Utusan Malaysia)
ridzwan.iman@utusangroup.com.my

KOMPUTER boleh pakai (wearable computer), alat melihat media peribadi, cermin mata berskrin komputer dan terkini topi TV merupakan antara gajet yang sangat mengkagumkan.Apa tidaknya, dengan memakai produk-produk itu seperti cermin mata atau topi, anda akan boleh melihat skrin komputer atau menonton video kegemaran.Menarik bukan? Walaupun anda berada di luar rumah atau pejabat, kini anda boleh menonton video kegemaran atau menggunakan komputer yang menggunakan skrin 'besar.'Sebenarnya memang kita telah menonton video di pemain multimedia, Blackberry, pemain MP3, skrin telefon bimbit atau iPhone - tetapi saiz skrinnya sangat kecil.


Tidak hairanlah ada di kalangan kita yang akhirnya balik ke rumah, menyambungkan video di pemain multimedia ke televisyen atau komputer untuk mendapat kepuasan menonton.Bagaimanapun, perkembangan teknologi boleh pakai telah membolehkan gajet-gajet itu disambungkan ke kaca mata atau skrin di topi yang membolehkan kita seolah-olah melihat di kaca televisyen atau komputer. Cermin mata Myvu misalnya yang dibangunkan oleh MicroOptical Corporation merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar.

Cermin mata itu hanya perlu disambungkan kepada alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia untuk membolehkan 'kaca TV' berada di hadapan mata kita."Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,'' kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.

Kaca mata atau 'eyewear' Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu. Myvu didatangkan dengan kabel penyambung audio/visual (AV) yang biasa, pek kuasa bateri yang boleh diletakkan dalam beg kecil. Bateri dan set fon telinga juga boleh diletakkan bersama peranti bergerak (seperti telefon atau iPod) dan satu beg pinggang atau 'pouch.'

Kini sebuah lagi alat menonton bergerak diperkenalkan yang dikenali sebagai TV Hat (topi televisyen) yang mana anda boleh menonton video apabila memakai topi itu.
Seperti Myvu, anda hanya perlu menyambungkan TV Hat kepada mana-mana pemain multimedia atau iPhone dan kemudiannya menonton di skrin yang berada di dalam topi itu.Topi itu dilengkapi dengan skrin kaca pembesar 2.5x dan penutup cahaya yang memberikan suasana gelap seperti berada di dalam panggung wayang. Topi besar ini boleh diletakkan iPod, iPhone atau mana-mana pemain media bergerak. Untuk mendapatkan bunyi menarik, anda boleh memakai fon kepala yang dibekalkan bersama iPhone anda.

Jika anda sememangnya ingin bersendiri menonton ketika berada di luar rumah dan tidak kisah jika dianggap 'orang pelik', TV Hat adalah pilihan yang sesuai. Alat yang yang dianggap ciptaan aksesori terhebat untuk iPhone atau pemain multimedia ini juga sebenarnya membuatkan anda kelihatan sangat pelik apabila memakainya, selain boleh memberi kesan tidak elok kepada mata anda jika digunakan dalam masa yang terlalu lama. TV Hat sangat sesuai digunakan ketika anda sedang berada di dalam kapal terbang, berehat di tepi pantai atau juga bersenam di gimnasium.Anda boleh mengubah skrin kaca ke hadapan atau belakang sedikit daripada mata tetapi kaca itu tidak boleh dibuka.

Maklumat mengenai TV Hat boleh diperoleh di laman web www.trytvhat.com. Selain Myvu dan TV Hat, terdapat beberapa lagi produk untuk menonton video atau bahan-bahan multimedia di 'skrin besar' yang terdapat di kaca mata telah diperkenalkan seperti produk EyeCinema dari Estar dan iTheater dari EMG.

Cermin iTheater didatangkan dalam tiga jenis bagi disesuaikan dengan bentuk hidung atau saiz muka seseorang. Seperti Myvu, cermin mata ini juga membolehkan pengguna melihat kawasan sekeliling walaupun ketika sedang menonton filem di iTheater.
Sudah semestinya, cermin mata dan topi seumpama ini akan lebih banyak dibangunkan selepas ini kerana ia akan menjadi pelengkap kepada mereka yang suka menonton walaupun ketika berada di jalanan.

Tarikh Peperiksaan

Percubaan PMR : 15 Ogos 2010
PMR 2010 : 5 Oktober 2010

Percubaan SPM : 23 Ogos 2010
SPM 2010 : 22 November 2010

Percubaan STPM : 20 September 2010
STPM 2010 : 23 November 2010

27/04/10

Program Permata Kasih

Pada 18hb April 2010 bertempat di Dewan SMK Junjung telah diadakan program motivasi Permata Kasih untuk waris-waris pelajar SMK Junjung dan para pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Penceramah Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon dari Pulau Pinang telah dijemput khas untuk memberikan motivasi dalam program ini.


Para waris pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum memasuki dewan


Para guru bertungkus-lumus menyiapkan makanan untuk program Permata Kasih ini


Pengetua, Puan Hjh. Sarifah Bt. Hj. Mustafar yang turut serta dalam program Permata Kasih


Para waris yang hadir


Para pelajar yang turut-serta dalam program Permata Kasih


Penceramah Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon menyampaikan ceramah motivasi


Tuan Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon berinteraksi dengan para pelajar


Sesi pelajar dengan ibu bapa


Guru dan waris pelajar leka mendengar motivasi yang disampaikan

13/04/10

Majlis Tadarus Al-Quran Zon V 2010

Pada 31 Mac 2010, SMK Junjung telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran Zon V bertempat di Sekolah Menengah Taman Jelutong. Terdapat 5 pertandingan yang disertai oleh pelajar SMK Junjung iaitu Kuiz mendapat tempat ke-3 dan diwakili oleh Nur Hashibah Bt Ishak, Siti Nadzirah Bt Che Murat dan Muhd Shukur Bt. Yusop

Hafazan diwakili Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan mendapat tempat pertama dan Nurul Shahirah Bt Shafie mendapat tempat ke-3

Tilawah diwakili oleh Muhammad Zikri B. Mohamad yang mendapat tempat ke-2 dan Nurzairen Amanina Bt Zainol Abidin mendapat hadiah saguhati.

Syarahan diwakili oleh Muhamad Faiz B. Md. Nayan yang mendapat tempat pertama dan Nor Suliza Bt Ismail juga mendapat tempat pertama.

Marhaban/Berzanji diwakili oleh Kumpulan Al-Faizin dan mendapat tempat ke-2.

Para peserta dari SMK Junjung yang telah menjuarai peringkat Zon V, kemudian mewakili Zon V ke peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu yang bertempat di Sekolah Menengah Taman Hitech pada 3 April lepas.

Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan (Hafazan) telah memenangi tempat ke-2 untuk peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu, manakala Muhamad Faiz B. Md. Nayan (syarahan) telah memenangi tempat pertama dan Nor Suliza Bt Ismai (syarahan)l mendapat tempat ke-3.

Warga SMKJ mengucapkan taniah kepada para pemenang dan selamat maju jaya untuk keperingkat seterusnya.

Gambar Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan
ketika pertandingan Hafazan berlansung


Gambar ketika Pertandingan Kuiz berlansung


Gambar Nurul Shahirah Bt. Shafie ketika Pertandingan Hafazan berlansung


Gambar Kumpulan Al-Faizin ketika Pertandingan Marhaban/Berzanji berlansung


Gambar peserta Syarahan iaitu Muhamad Faiz B. Md. Nayan dan Nor Suliza Bt Ismail


Gambar Muhammad Zikri B. Mohamad dan Nurzairen Amanina Bt Zainol Abidin ketika pertandingan Tilawah berlansung



Ketika acara penyampaian hadiah peringkat zon V berlansung


Ketika acara penyampaian hadiah peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu berlansung

5/04/10

Majlis Perpisahan Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir Bersama Guru & Staf SMK Junjung

Pada 1hb April bertempat di restoren Kulim Inn, telah diadakan majlis perpisahan untuk Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir bersama para guru dan staf SMK Junjung yang bermula pada pukul 2 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Cikgu Asri Bin Ahmad selaku pengacara majlis dan kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri B. Mohd. Noor. Selepas itu, para guru dan staf dijemput menjamu selera. Sejurus selepas menjamu selera, Cikgu Asri Bin Ahmad menjemput Puan Hajah A'rifah memberikan ucapan perpisahan dan kemudian disusuli dengan ucapan oleh pengetua SMK Junjung, puan Hajah Sarifah Bt Mustafar. Setelah berakhirnya ucapan oleh pengetua, hadiah perpisahan daripada beberapa jabatan dan kelab/persatuan disampaikan kepada Puan Hajah A'rifah sebagai tanda kenangan. Akhir sekali, Puan Hajah A'rifah dijemput untuk memotong kek bersama-sama dengan Cikgu Faridah Bt. Abdul Hamid sempena hari jadi beliau pada hari tersebut. Para guru dan staf bersalam-salaman dengan Puan Hajah A'rifah sebelum majlis bersurai.







1/04/10

MAJLIS PERPISAHAN PUAN HAJAH A'RIFAH BT. ABD. KADIR BERSAMA PARA PELAJAR

Pada 31 Mac 2010 bertempat di Dewan SMK Junjung, telah diadakan Majlis Perpisahan Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir bersama para pelajar SMK Junjung. Beliau bekas Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung telah memulakan tugas baru sebagai Pengetua di SMK Serdang Baru bermula pertengahan bulan Mac yang lalu.

Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir memberikan ucapan perpisahan
kepada para pelajar


Para Guru & Staf yang turut serta dalam majlis perpisahan tersebut


Puan Hajah Sarifah Bt. Mustafar (Pengetua SMK Junjung)
memberikan ucapan perpisahan kepada
Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Kad ucapan yang dibuat khas oleh pelajar Pra-U untuk
Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Pemberian hadiah daripada wakil pelajar SMK Junjung

Tahniah Kepada Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung, Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua sekolah. Beliau menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung secara rasminya pada 16 Mac 2010 dan memulakan tugas beliau sebagai Pengetua di SMK Serdang Baru, Kulim, Kedah Darulaman.

Para guru dan staf SMK Junjung mengucapkan taniah diatas perlantikan beliau sebagai Pengetua Sekolah setelah berkhidmat selama 7 tahun 7 bulan di SMK Junjung sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau sebagai Pengetua SMK Serdang Baru.

HARI ANUGERAH JUNJUNG BESTARI & MESYUARAT AGUNG PIBG 2010


Pada 29 hb March 2010, SMK Junjung telah mengadakan Hari Anugerah Junjung Bestari & Mesyuarat Agung PIBG tahunan bertempat di Dewan SMK Junjung. Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu , Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK telah berbesar hati hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di majlis tersebut.




Saat ketibaan Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK diiringi
oleh Pengetua SMK Junjung


Gambar Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK
sepanjang majlis berlansung



Pn. Hjh. Sarifah Bt.Mustafar menyampaikan ucapan di majlis tersebut



Pn. Hjh. A’rifah Bt. Abd Kadir menyampaikan kata-kata aluan

Tn. Hj. Mohd. Sabri B. Mohd. Noor menyampaikan doa




En. Kamarudin B. Hashim bermain alat musik mengiringi

persembahan koir pelajar



Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut


Guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri majlis tersebut

9/03/10

Pertandingan Merentas Desa 2010

Pada 4hb Mac 2010 yang lalu, SMK Junjung telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah. Pertandingan bermula seawal pukul 8 pagi dengan para pelajar berkumpul di dataran sekolah dan terlebih dahulu mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Abdullah. Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu

L1: Pelajar lelaki Tingkatan 4,5 dan 6
L2: Pelajar lelaki Tingkatan 1,2 dan 3
P1: Pelajar perempuan Tingkatan 4, 5 dan 6
P2: Pelajar perempuan Tingkatan 1, 2 dan 3.

Setelah taklimat selesai, acara pertandingan pun bermula dengan pelepasan pelajar perempuan kategori P1 dan P2 terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh pelajar lelaki kategori L1 dan L2 secara berperingkat. Anggota Rela dan anggota Polis dari daerah Junjung turut bersama-sama guru-guru membantu mengawasi keselamatan dan kelancaran pertandingan tersebut. Upacara penyampaian hadiah berlangsung setelah pertandingan selesai di dewan SMKJ. Di bawah diselitkan gambar-gambar sepanjang pertandingan berlansung.

Sebelum pertandingan bermula

Pelajar mendengar taklimat daripada Cikgu Abdullah

Pertandingan bermula

Para peserta yang menyertai pertandingan

Anggota Rela dan cikgu yang menjalankan tugas

Anggota polis, anggota rela dan Ustaz Sabri bertugas mengawal keadaan
lalulintas

Cikgu-cikgu SMKJ yang turut membantu sepanjang pertandingan

Peserta yang telah tamat larian mendaftar diri

Acara penyampaian hadiah setelah tamat pertandingan

Puan Norizah menyampaikan hadiah kepada pemenang


Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color