27/04/10

Program Permata Kasih

Pada 18hb April 2010 bertempat di Dewan SMK Junjung telah diadakan program motivasi Permata Kasih untuk waris-waris pelajar SMK Junjung dan para pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Penceramah Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon dari Pulau Pinang telah dijemput khas untuk memberikan motivasi dalam program ini.


Para waris pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum memasuki dewan


Para guru bertungkus-lumus menyiapkan makanan untuk program Permata Kasih ini


Pengetua, Puan Hjh. Sarifah Bt. Hj. Mustafar yang turut serta dalam program Permata Kasih


Para waris yang hadir


Para pelajar yang turut-serta dalam program Permata Kasih


Penceramah Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon menyampaikan ceramah motivasi


Tuan Hj. Abdullah Khairi Haji Haroon berinteraksi dengan para pelajar


Sesi pelajar dengan ibu bapa


Guru dan waris pelajar leka mendengar motivasi yang disampaikan

13/04/10

Majlis Tadarus Al-Quran Zon V 2010

Pada 31 Mac 2010, SMK Junjung telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran Zon V bertempat di Sekolah Menengah Taman Jelutong. Terdapat 5 pertandingan yang disertai oleh pelajar SMK Junjung iaitu Kuiz mendapat tempat ke-3 dan diwakili oleh Nur Hashibah Bt Ishak, Siti Nadzirah Bt Che Murat dan Muhd Shukur Bt. Yusop

Hafazan diwakili Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan mendapat tempat pertama dan Nurul Shahirah Bt Shafie mendapat tempat ke-3

Tilawah diwakili oleh Muhammad Zikri B. Mohamad yang mendapat tempat ke-2 dan Nurzairen Amanina Bt Zainol Abidin mendapat hadiah saguhati.

Syarahan diwakili oleh Muhamad Faiz B. Md. Nayan yang mendapat tempat pertama dan Nor Suliza Bt Ismail juga mendapat tempat pertama.

Marhaban/Berzanji diwakili oleh Kumpulan Al-Faizin dan mendapat tempat ke-2.

Para peserta dari SMK Junjung yang telah menjuarai peringkat Zon V, kemudian mewakili Zon V ke peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu yang bertempat di Sekolah Menengah Taman Hitech pada 3 April lepas.

Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan (Hafazan) telah memenangi tempat ke-2 untuk peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu, manakala Muhamad Faiz B. Md. Nayan (syarahan) telah memenangi tempat pertama dan Nor Suliza Bt Ismai (syarahan)l mendapat tempat ke-3.

Warga SMKJ mengucapkan taniah kepada para pemenang dan selamat maju jaya untuk keperingkat seterusnya.

Gambar Abdul Rahman Marikan B. Habib Marikan
ketika pertandingan Hafazan berlansung


Gambar ketika Pertandingan Kuiz berlansung


Gambar Nurul Shahirah Bt. Shafie ketika Pertandingan Hafazan berlansung


Gambar Kumpulan Al-Faizin ketika Pertandingan Marhaban/Berzanji berlansung


Gambar peserta Syarahan iaitu Muhamad Faiz B. Md. Nayan dan Nor Suliza Bt Ismail


Gambar Muhammad Zikri B. Mohamad dan Nurzairen Amanina Bt Zainol Abidin ketika pertandingan Tilawah berlansung



Ketika acara penyampaian hadiah peringkat zon V berlansung


Ketika acara penyampaian hadiah peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu berlansung

5/04/10

Majlis Perpisahan Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir Bersama Guru & Staf SMK Junjung

Pada 1hb April bertempat di restoren Kulim Inn, telah diadakan majlis perpisahan untuk Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir bersama para guru dan staf SMK Junjung yang bermula pada pukul 2 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Cikgu Asri Bin Ahmad selaku pengacara majlis dan kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri B. Mohd. Noor. Selepas itu, para guru dan staf dijemput menjamu selera. Sejurus selepas menjamu selera, Cikgu Asri Bin Ahmad menjemput Puan Hajah A'rifah memberikan ucapan perpisahan dan kemudian disusuli dengan ucapan oleh pengetua SMK Junjung, puan Hajah Sarifah Bt Mustafar. Setelah berakhirnya ucapan oleh pengetua, hadiah perpisahan daripada beberapa jabatan dan kelab/persatuan disampaikan kepada Puan Hajah A'rifah sebagai tanda kenangan. Akhir sekali, Puan Hajah A'rifah dijemput untuk memotong kek bersama-sama dengan Cikgu Faridah Bt. Abdul Hamid sempena hari jadi beliau pada hari tersebut. Para guru dan staf bersalam-salaman dengan Puan Hajah A'rifah sebelum majlis bersurai.







1/04/10

MAJLIS PERPISAHAN PUAN HAJAH A'RIFAH BT. ABD. KADIR BERSAMA PARA PELAJAR

Pada 31 Mac 2010 bertempat di Dewan SMK Junjung, telah diadakan Majlis Perpisahan Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir bersama para pelajar SMK Junjung. Beliau bekas Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung telah memulakan tugas baru sebagai Pengetua di SMK Serdang Baru bermula pertengahan bulan Mac yang lalu.

Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir memberikan ucapan perpisahan
kepada para pelajar


Para Guru & Staf yang turut serta dalam majlis perpisahan tersebut


Puan Hajah Sarifah Bt. Mustafar (Pengetua SMK Junjung)
memberikan ucapan perpisahan kepada
Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Kad ucapan yang dibuat khas oleh pelajar Pra-U untuk
Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Pemberian hadiah daripada wakil pelajar SMK Junjung

Tahniah Kepada Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung, Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua sekolah. Beliau menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SMK Junjung secara rasminya pada 16 Mac 2010 dan memulakan tugas beliau sebagai Pengetua di SMK Serdang Baru, Kulim, Kedah Darulaman.

Para guru dan staf SMK Junjung mengucapkan taniah diatas perlantikan beliau sebagai Pengetua Sekolah setelah berkhidmat selama 7 tahun 7 bulan di SMK Junjung sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau sebagai Pengetua SMK Serdang Baru.

HARI ANUGERAH JUNJUNG BESTARI & MESYUARAT AGUNG PIBG 2010


Pada 29 hb March 2010, SMK Junjung telah mengadakan Hari Anugerah Junjung Bestari & Mesyuarat Agung PIBG tahunan bertempat di Dewan SMK Junjung. Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu , Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK telah berbesar hati hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di majlis tersebut.




Saat ketibaan Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK diiringi
oleh Pengetua SMK Junjung


Gambar Tuan Haji Abu Bakar B. Md. Ali BCK
sepanjang majlis berlansung



Pn. Hjh. Sarifah Bt.Mustafar menyampaikan ucapan di majlis tersebut



Pn. Hjh. A’rifah Bt. Abd Kadir menyampaikan kata-kata aluan

Tn. Hj. Mohd. Sabri B. Mohd. Noor menyampaikan doa




En. Kamarudin B. Hashim bermain alat musik mengiringi

persembahan koir pelajar



Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut


Guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri majlis tersebut

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color