5/04/10

Majlis Perpisahan Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir Bersama Guru & Staf SMK Junjung

Pada 1hb April bertempat di restoren Kulim Inn, telah diadakan majlis perpisahan untuk Puan Hajah A'rifah Bt. Abd. Kadir bersama para guru dan staf SMK Junjung yang bermula pada pukul 2 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Cikgu Asri Bin Ahmad selaku pengacara majlis dan kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri B. Mohd. Noor. Selepas itu, para guru dan staf dijemput menjamu selera. Sejurus selepas menjamu selera, Cikgu Asri Bin Ahmad menjemput Puan Hajah A'rifah memberikan ucapan perpisahan dan kemudian disusuli dengan ucapan oleh pengetua SMK Junjung, puan Hajah Sarifah Bt Mustafar. Setelah berakhirnya ucapan oleh pengetua, hadiah perpisahan daripada beberapa jabatan dan kelab/persatuan disampaikan kepada Puan Hajah A'rifah sebagai tanda kenangan. Akhir sekali, Puan Hajah A'rifah dijemput untuk memotong kek bersama-sama dengan Cikgu Faridah Bt. Abdul Hamid sempena hari jadi beliau pada hari tersebut. Para guru dan staf bersalam-salaman dengan Puan Hajah A'rifah sebelum majlis bersurai.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color