10/05/11

Keperluan Lampu Laluan Jalan di Hadapan SMK. Junjung


Masa Laluan yang dicatatkan : 07.15 pagi - 7.45 pagi, Selasa, 10 Mei 2011.


Pihak sekolah amat berharap agar kemudahan Lampu Laluan Jalan di hadapan SMK. Junjung akan menjadi satu kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.
Pengharapan daripada pihak waris sering kali disuarakan untuk perhatian pihak sekolah khususnya melalui Mesyuarat Agung PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang terlibat.
Semoga kemudahan ini akan dapat direalisasikan dengan bantuan pihak yang berkenaan demi memastikan keselamatan pelajar-pelajar SMK Junjung terjamin.


7/05/11

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI GURU 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Salam 1 Malaysia,
Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.
Dato' Sri Najib Tun Razak
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa penat dan lelah.Golongan guru sentiasa bersedia memberi pendidikan kepada anak-anak kita. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya.
Saya amat berbesar hati jika kita dapat saling berhubung dan mengeratkan lagi silaturahim. Hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di laman Twitter (@NajibRazak) laman Facebook (Najib Razak) dan juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my
Selamat Hari Guru. Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada,
Najib Razak
16 Mei 2011

1/05/11

Kehebatan Sekolah Kluster diiktiraf Dunia

29 Apr 2011, 10:18 AM | Berita Sekolah

KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.


KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd Ghafar Mahmud (duduk tengah) bergambar bersama 30 penerima sijil terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar pada majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 di Putrajaya, baru-baru ini.
SEKOLAH Kluster Kecemerlangan (SKK) bukan sahaja unggul di peringkat kebangsaan malah berjaya mempamerkan kehebatan Mlaaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat global.
Dalam tempoh suku pertama tahun ini, SKK telah menjayakan sebanyak 17 program pengantarabangsaan. Berdasarkan maklumat terkini, Sekolah Menengah Victoria berjaya mendapat tempat pertama bagi Poster Sains (Inovasi) di Simposium Sains Kehidupan (Bebas) ACS kesepuluh di Singapura, baru-baru ini.
Selain itu, kebanyakkan SKK menyertai Pertandingan dan Penilaian Sekolah Antarabangsa (ICAS) anjuran Universiti New South Wales, Australia. Pelajar SKK berjaya mendapat pengiktirafan Highly Commended, High Distinctions dan juga Kredit.
Manakala pada tahun lepas, SKK juga berjaya menjadi showcase pada peringkat antarabangsa. Misalnya kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru mendapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Persidangan Saintis Masa Depan APEC Kedua di Thailand.
Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Hulu selangor dan Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah (KISAS) pula telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam program Kem Pelajar Pintar Sains di Akademi Sains Korea, Busan tahun lepas.
Dalam aktiviti kokurikulum pula, SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak berjaya mengutip pingat perak untuk pertandingan Pancaragam Antarabangsa Singapura 2010 dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) muncul juara pertandingan hoki di Perth, Australia.
Pencapaian cemerlang yang seimbang antara akademik dan kokurikulum ini selari dengan pewujudan SKK iaitu untuk menjana pelajar yang holistik serta berpersonaliti unggul.
Kementerian Pelajaran berhasrat dalam tempoh sembilan tahun akan datang untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama yang dapat merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang, berintegriti, berakhlak mulia dan beriltizam tinggi.
SKK merupakan salah satu instrumen untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan di negara ini dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah lain dalam kluster yang sama serta sekolah di luar klusternya.

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color