Sistem Set Untuk P d P Bahasa Inggeris Tingkatan 1 2013 ( Fasa 2 )
Apa Itu Sistem Set?
- Inisiatif bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di bawah dasar MBMMBI.
- Bahasa Inggeris akan diajar mengikut tahap dan pencapaian pelajar di dalam bahasa Inggeris.
- Pelajar akan dibahagikan dan ditempatkan di dalam kelas-kelas mengikut tahap pencapaian bahasa Inggeris yang dinamakan SET.
Matlamat
- Menghasilkan persekitaran P&P yang fokus kepada keperluan murid
- Memberi peluang yang optimum untuk interaksi guru-murid
- Menghasilkan impak positif untuk pembelajaran murid
- Terdapat peningkatan sekurang-kurangnya satu tahap terhadap tahap profisiensi murid
Faedah kepada Guru
- Nisbah guru-murid yang rendah (1:30 atau 1:25) akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada keperluan murid.
- Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid dengan optimum.
- Guru dapat membentuk pentaksiran mengikut kemampuan pelajar.
Faedah kepada Murid
- Nisbah guru-murid (1:30 atau 1:25) memberi lebih peluang untuk perhatian guru semasa P d P
- Aktiviti kelas yang disesuaikan kepada tahap profisiensi murid memberi lebih peluang untuk berinteraksi
- Keyakinan yang lebih disebabkan tahap profisiensi yang homogenus
- Murid dapat mengetahui tahap profisiensi mereka berdasarkan pentaksiran yang direkasuai khas
3 Langkah Tatacara Pelaksanaan Sistem Set
- Konstruk Ujian Diagnostik (*dilaksanakan hari ini di SMKBR)
i. Grammar (40%)
- Identifying errors in sentences (20%)
- Correcting errors (20%)
- Correcting errors (20%)
ii. Vocabulary (20%)
- Error identification (10%)
- Cloze passage (10%)
- Cloze passage (10%)
iii. Language forms and functions (20%)
iv. Information transfer: non-linear to linear (20%)
2. Pembahagian murid ke dalam set berdasarkan tahap profisiensi
- Setiap kelas di dalam Sistem Set akan mempunyai 20-30 orang murid sahaja.
- Pembahagian murid untuk setiap kelas adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi untuk Ujian Diagnostik (seperti jadual di bawah ) :
Set
|
Markah Ujian Diagnostik
|
A
|
86– 100
|
B
|
70– 85
|
C
|
56– 69
|
D
|
40– 55
|
E
|
0– 39
|
- Murid di dalam setiap set akan mempunyai tahap profisiensi yang sama.
- Murid dari kelas tahap profisiensi rendah perlu dinaikkan ke kelas yang lebih tinggi sekiranya keputusan ujian menunjukkan peningkatan.
- 3. Penyesuaian pengajaran untuk tahap profisiensi yang berbeza mengikut set
▪ Kelas di dalam Sistem Set perlu berjalan serentak.
▪ Sekiranya terdapat kekurangan guru, penjadualan kelas boleh dilakukan mengikut “blok”
▪ Guru perlu menyesuaikan pedagogi mengikut tahap profisiensi murid di dalam set yang ditentukan. Ini akan membolehkan :
− Murid lemah dapat mengikuti P&P Bahasa Inggeris dengan mudah mengikut keupayaan mereka tanpa rasa rendah diri.
− Murid akan mendapat perhatian yang lebih dan berpeluang mengemukakan pendapat dan idea kepada guru tanpa rasa segan dan takut.
− Murid cemerlang boleh mempertingkat kemahiran berbahasa dengan mengikuti pembelajaran yang lebih mencabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan