KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memandangkan jangka masa latihan sedia ada sudah memadai.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, masa latihan selama 85 hari yang ditetapkan kini adalah tempoh optimum yang boleh memberi kesan kepada rohani dan jasmani pelatih.
“Jadi, 85 hari yang kita tentukan tiap-tiap sesi itu adalah memadai dan selama tujuh tahun kita buat program ini kesan dan impaknya amat positif,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Pau Chiong Ung di Dewan Negara, di sini semalam.
Dr Abdul Latiff berkata, walaupun Majlis Latihan Khidmat Negara mempunyai kuasa untuk menentukan tempoh masa program itu, sebarang perubahan akan memberi implikasi terhadap perkara lain yang akan menyulitkan pelatih dan kerajaan sendiri.
“Jika kita ingin panjangkan tempoh itu kita kena stimulate balik dengan kos, implikasi kepada mereka yang mahu sambung belajar dan akan memberi kesan kepada sistem pengajian tinggi,” katanya.
Menjawab soalan asal Pau mengenai bilangan pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan jumlah peruntukan sejak program itu dilaksanakan, Dr Abdul Latiff berkata, seramai 519,828 remaja berjaya menamatkan program tersebut sehingga tahun lalu.
"Jumlah peruntukan yang dibelanjakan sejak pelaksanaannya pula adalah sebanyak RM4.2 bilion," katanya. - Bernama
28/04/11
21/04/11
Program Aku Janji PMR 2011
Program Bersama Kaunselor
Tarikh : 20 April 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.20 - 9.40 pagi.
Tempat : Dewan SMK. Junjung
20/04/11
Pengambilan Pelajar Peringkat Pertama Program Bidang Pertanian Pada Jun 2011.
KPT Beri 'Lampu Hijau' Kepada UPM Pilih Pelajar Bidang Pertanian
KPT Beri 'Lampu Hijau' Kepada UPM Pilih Pelajar Bidang Pertanian
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB BINTULU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberikan kuasa autonomi kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengambilan pelajar untuk program Diploma dalam bidang pertanian tanpa perlu melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU).
Langgan:
Catatan (Atom)