2/03/12

Notis dan Jemputan Mesyuarat Agung PIBG SMK Junjung.


MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT

Masa:
11.00 pagi : Pendaftaran
11.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21
Tempat: Dewan SMK Junjung.


Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

Aluan Pengerusi Majlis.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21
Aluan YDP
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-20
Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2011 / 2012.
Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2011 / 2012.
Membentang dan Membahaskan Usul-usul
Ucapan Penangguhan
Cabutan Bertuah

Sehubungan itu, sekiranya ibu bapa mempunyai sebarang usul bolehlah dikemukakan secara bertulis. Sila lengkapkan surat jawapan kehadiran dan usul, jika ada, yang disampaikan melalui semua murid. Usul ini perlu disampaikan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 20 Mac 2012.

Kerjasama serta kesudian ibu bapa melapangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

HJ KHALID BIN HJ. RAHIM
Setiausaha PIBG

Muat turun Borang Usul

Program Sekolah November ini..... mohon perhatian semua... SELAMAT DATANG KE KOFPA 2011

poster color